May you rest in peace: Porche
Lama betul tak update blog ni.
Hari ni da hari Selasa. Lagi 30 minutes da hari Rabu.
Tiba2 hati ni sayu plak bila terkenangkan Porche yang telah mati.
Hilang tanpa kuburnya.
Tak tau sape yang telah merobok kebahagiannya.
Kesian Z Z now tinggal sorang2.
Adik angkat dia da takde... :-(
Serba tidak mengena hari ini.
Macam rollercoaster.
Macam keadaan cuaca sewaktu aku bekerja di MAHA sepanjang minggu lepas.
Kejab hujan.
Kejab redup.
Kejab panas.
Well, itulah kehidupan (orang kata)
Bagaimana untuk aku mengerti bahawasanya setiap sesuatu yang terjadi,
terdapat pengajaran serta pelajaran yang harus menjadi contoh dan teladan.
Jika awan sudah mendung, bawalah bersama payungnya.
Jika hanya mendengar guruh di langit, jangan dibuang air di dalam baldinya.
*eh, apa daa ko merepek ni nuks! hehehe
Terngiang2 gelak ketawa mu apabila mula bercerita pasal bahasa2 fenonens nieh.
Dengan sekelip mata keadaan menjadi kelam.
Sambil memandu ku memikirkan apakah salah aku sehinggakan awan yang cerah tadi bertukar wajah.
Cukup kuat brain waves daku.
Cukup kuat aku memikirkan tentang dirimu sehinggakan tergerak hatimu memohon maaf.
Dikau tidak bersalah.
Dikau tidak perlu memohon maaf.
Daku sudah cukup masak dengan perangai mu.
Sesungguhnya daku faham dirimu.
dan sedikitpun daku tidak berkecil hati... :-)
*ye aku da start merepek lagi... LARI!!! hehehe
Pemergian Porche tidak ku ratapi.
Walaupun akulah puncanya, seluruh kaum keluarganya mati dilenyek.
For me, you're a survivor Porche...
Daripada 5 ekor tinggal 1 ekor.
Terre bukan?
Masih kuat lagi di dalam ingatan ku ini.
Waktu daku pulang dari MAHA pada petang Ahad lepas.
Ketika itu, engkau dan Z Z kelaparan.
Habis makanan di dalam raga.
Aku mengeluarkan kamu berdua.
Engkau bising tidak mau diam.
Ye saya tahu kamu lapar.
Ku beri kalian makan, sehingga perut2 kamu bulat hampir nak MELETUPs!
Semalaman suara kamu tidak didengari.
Kenyang bangat agaknya.
Kemudian, kamu berdua bermain-main di luar.
Ku temankan kamu sehingga azan maghrib berkumandang.
Tidak ku sangka, I could spent an hour watching both of you playing.
I did that because of Love.
Kerana saya sayangkan kamu.
Saya ikhlas menyayangi kamu.
Hanya jauhari yang kenal manikam.
Actions speak louder than words
Ye.. aku masih ingat lagi kata-kata itu.
Kamu masih kecil.
Banyak lagi yang kamu tidak tahu tentang dunia yang penuh pancaroba ini.
Nampak saja kaki mereka 4 seperti kamu.
Nampak saja mereka ni penyayang.
Ingatlah, itu hanya di luar sahaja.
Hati mereka tidak sama.
Jika salah kata ku ini, masakan engkau di bunuh oleh makhluk sejenis mu dengan kejam?
*hish aku ni cam buat sajak ala-ala cerpen la plak. kwang3x....
should I continue?? alamak... idea takde la plak! hmm....
Porche...
Walaupun kau telah pergi buat selama-lamanya.
Namun, aku tidak sedikit pun berasa sedih kerana aku telah memberikan yang terbaik buatmu.
Aku telah menyelamatkan dikau daripada dibelenggu kesepian.
Aku telah menyelamatkan dikau di kala ko bersedih keseorangan.
Aku telah mencurahkan segala kasih sayang ku kepada mu.
Aku telah spent sometimes with you.
Walaupun ko hitam bangat.
Walaupun bila ko senyum, hanya gigi dan kuku mu sahaja yang putih.
Kau sebenarnya mempunyai sepasang mata yang sangat cantik nuks!
Sepasang mata yang apabila daku memandangmu.
Hati ini berasa damai.
Sepasang mata yang apabila di kenyit.
Hati ini berasa tak tentu arah.
Aku masih ingin membelai mu.
Aku masih ingin bermain-main dengan mu.
Aku masih ingin mencurahkan segala kasih sayang ku.
Aku ingin bersamamu sehingga akhir hayat ku.
Ku cari damai abadi.
*eh ape daa... tiba2 lari tajuk daa... hehehe
ok ok tu maknanya saya sudah start merepek.
tapi mata ni tak mau pejam.
hmm... apakah yang harus aku lakukan sekarang?
baru ke sedar
sebenarnya aku teramat merindui dirimu.
dan aku tahu, dikau juga merindui diriku...


8 Comments:
nieh porche kuching ker keta porche u ker... erm... apeker?
ni porche hitam tu ler...
kocheng yang kechik skali tu.
yang konen tu nama dia Z Z la... :-(
laa...aku ingatkan kete ko yg cute tu....tak sangka ko ni berbakat jugak ye cipta sajak...boleh masuk bertanding mendeklamasikan sajak ni...sedih siut baca sajak ko tu... ala ko pi cari lain kat pasar borong tu belambak porche kat sana...macam2 warna & model lagi ....haaa.....haaa
hahahaa....
Don...
soke ati je ko ye...
ko hengat bleh main bongkos 3 aje ke kat pasar borong? :p
penat aku tiap2 hari menyusukan dia tau.... *dengan botol susu la weh! :p
nasib baik ngan botol susu :) terkezut jugak aku tadi ingat kan ko....bertuah si porche tu...heee...heee
apo den nak buek Don...
nyawa dia takat situ aje... :-(
May the late porche rest in peace in the kitten paraside..
Amin.
thank you for your prayers my fren! :-)
bila korang nak pi mengkopi mahal lagi ni...?? aku nak itut!!!
Post a Comment
<< Home